Featured Post

We've moved to tex.my!

It’s been great writing on Blogger.com, but we’ve decided to move to a new platform, thanks to some valuable help from a great, great friend...

Friday, October 9, 2009

Menyimpan TeX fail sebagai Office readable

Bagi mereka yang menginginkan fail *.tex mereka boleh dibaca oleh pemprosesan kata seperti OpenOffice dan MS Word, tiada jalan mudah yang saya temui. Namun demikian, saya cuba berkongsi kaedah yang saya anggap less hassle berbanding dengan pengubahan langsung.

Caranya ialah;

*.tex ----> *.html ----> OpenOffice format ---> *.doc

Kita senaraikan dulu tools yang digunakan selain cara yang saya sebutkan:

dan lain-lainnya yang mungkin tidak saya sebutkan di sini.

Buat masa ini, saya selesa dengan tth, disebabkan conversion yang saya buat menggunakan tools ini tidak memerlukan tuning yang banyak.

tth -e2 akan menghasilkan satu fail HTML yang mengandungi kandungan fail .tex tadi. Anda boleh rujuk manual tth untuk mengetahui opsyen yang digunakan.

Selepas ubah ke HTML, import dokumen HTML tadi menggunakan OpenOffice.org, dan Save As sebagai *.doc . Mungkin anda perlu betulkan sedikit sebanyak indentation, tetapi sebahagian besar teks, dan citation yang dihasilkan oleh BibTeX tetap boleh digunapakai

No comments:

Post a Comment